WELCOME!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum!
Welcome to this young, humble blog!

Wednesday 9 October 2013

Resepi Teh Tarik Homemade

Salam!

Teh Tarik! Huahahaha!

Okey, bahan penting di sini :

1. Teh serbuk atau teh uncang
2. Susu pekat manis (santan kelapa muda tak perlu)
3. Sudu dan cawan dua biji

PS : Teh tarik yang ni warnanya bukan macam kat kedai, sebab kedai punya guna teh yang dicampurkan pewarna tiruan, biar cantik tertarik menarik.

Cara-caranya :

1. Rendam teh dalam air panas lebih kurang setengah jam. Kurang tak apa, tapi tak boleh kurang 10 minit jugak.

2. Bila air dah pekat, macam air laicikang, tuang dalam cawan.

3. Tuang susu pekat manis sambil kacau perlahan-lahan. Nak manis, letaklah banyak-banyak, tapi tak digalakkan.

4. Dah siap kacau, ambil satu lagi cawan. Ini langkah nak skip pun boleh, tapi tak kaw lah itu teh.

5. Pergi kat singki. Ambil cawan yang dah ada teh, tuang dalam cawan kosong. Ulang banyak kali. Semakin lama semakin tinggi, tapi jangan tinggi sangat. Kalau pro bolehlah. Kalau tak, jangan berlagak boleh. Membazir je teh tu nanti.

6. Bila agak-agak dah banyak buih, warna dah cantik, dan dah tak boleh nak tahan, tuang dalam satu cawan bersih.

Hidangkan bersama sepinggan makanan panas. Nak letak ais, tak payah tarik tinggi. Tak payah tarik pun. Itu kan teh ais, bukan teh tarik ais.

Enjoylah ya....

Aktiviti Selepas-Periksa SKS2BK 2013

Assalamualaikum....

Kali ini, nak cerita pasal SKS2BK pula.

19/10/2013 nanti, ada Karnival Sukan Tahunan! Dengarnya ada rumah hantu, waterball dan banyak lagi. Insya-Allah gempak!

Jumaat ni pula, main galah panjang! Bestnya.... Lama tak main! Nak join tak?

Nanti nak belajar buat cupcake, buat pancake, barbeque, itulah inilah.

Bolehlah jenguk-jenguk kat blog sekolah :

sks2bk.blogspot.com

Tengok-tengok kat semua bahagian, ya?

Thursday 26 September 2013

Fanfiction?

Salam!

Wah... Best jugak kan tulis fanfiction ni?

Tulis semua idea kita!

Nak regular or crossover?

Wednesday 25 September 2013

Benda Pelik.... >^<

Salam!

So kali ini, saya nak post benda pelik pasal diri saya sendiri! 1, 2, 3, MULA!

1- Saya benci kek coklat. Kenapa? Pahit sangat. :(

2- Pendengaran boleh tangkap bunyi halus, tapi bunyi kuat kurang... :3

3- Saya SUKA bila watak kegemaran dalam buku, anime, kartun dan yang sama dengannya ditimpa masalah! Apatah lagi kalau cedera parah atau mati. Baru gempak! :D

4- Boleh guna IT tapi tak suka Samsung. Jangan marahlah..... ;)

5- Teh ais. Sesuai untuk pagi, petang dan malam. In fact, sesuai untuk 24/7 lah. :)

6- Cepat naik angin, tapi sekejap. Boleh melibatkan pembalingan sesuatu. :0

7- Tak boleh nak makan mi kuning, mi mamak, etc. Mi rebus Johor boleh. :d

8- Bila dengar muzik, otak saya berfungsi dengan jayanya. :P

9- Boleh tidur walaupun ada sungai kat sebelah, kawan-kawan menjerit ketakutan, tutup mata guna kain hitam, fasilitator kacau and dekat tengah-tengah padang. Ada? :7

10- Sangat, sangat sayang pada pen biru yang satu tu. ^~^

11- Dalam proses belajar bahasa Jepun. ^_^

12- Suka gigit kertas. Tak tahu kenapa. >.<

13- Kadang-kala terlalu pengemas. Sampai meja kat makmal sains pun nak sapu guna penyapu. >_<

14- Budak lelaki takut. Padahal tahun ni bukannya jerit-jerit ke apa. Ada idea kenapa tak? 0.0

15- Pemurah bab makanan, kedekut bab duit. 0-0

16- Suka belajar bahasa dan benda trivia. 0_6

Dahlah. Banyak sangat dah ni. Mesti penat pembaca nak membaca bahan bacaan yang dibaca di blog yang penuh dengan bahan bacaan ni.

Assalamualaikum!

Sunday 22 September 2013

Perjanjian Hudaibiyah

Perjanjian Hudaibiyah (bahasa Arab: صلح الحديبية) berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani.

Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.

Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Pada bulan Zulkaedah tahun 6Hijrah (March 628M) perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah". Oleh kerana itu nama perjanjian itu dinamakan diatas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah".



Isi Perjanjian Hudaibiyah

Gencatan senjata selama sepuluh tahun.

Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama
tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.

Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.

Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.

Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.

Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.


Hikmah Perjanjian Hudaibiyah.

Berkembangnya syiar Islam.
Kehidupan masyarakat aman dan damai.
Pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah.
Membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada Musyrikin Quraisy.
Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain.


Kesan Perjanjian Hudaibiyah


Musyrikin Quraisy semakin lemah.
Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin maju
Orang Yahudi yang khianat diusir dari Madinah.
Rasullah mengajar ummatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir.
Corak politik Rasulullah yang lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran.